Lelaki Non-Muslim Luah Ditampar Pakcik Sebab Makan Di Tempat Awam, Menteri Perpaduan Bersuara

Entertainment
17 Mar 2025 • 10:51 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di platform X, seorang pengguna mendakwa telah ditampar oleh seorang individu di sebuah kedai serbaneka di Johor Bahru kerana makan di tempat awam pada bulan Ramadan.

Dalam perkongsian itu, dia yang merupakan lelaki bukan Islam turut memaparkan video kejadian dikasari seorang lelaki berjubah hitam sebelum ditenangkan oleh anak individu itu.

Menurut Elijah, lelaki berkenaan telah memintanya untuk memaparkan kad pengenalan walaupun dia sudah memberitahu bahawa dia bukan seorang Muslim.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana anak kepada lelaki itu segera menenangkan situasi sebelum memohon maaf terhadap tindakan bapanya.

Ujarnya, dia menerima permohonan maaf daripada anak lelaki itu namun kesal dengan kejadian yang dialami kerana lelaki tersebut tidak menghormatinya di samping telah menyerangnya.

Polis siasat kes

Sementara itu, Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang memaklumkan pihak polis sedang menyiasat berhubung insiden tersebut.

Katanya, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Tampoi dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Saya juga mengutuk keras sebarang bentuk keganasan, diskriminasi dan sikap prejudis yang boleh merosakkan keharmonian antara kaum.”

Dalam pada itu, menitipkan nasihat kepada orang ramai untuk saling menghormati budaya serta menerapkan nilai kefahaman antara satu sama lain demi kesejahteraan bersama.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved