Lelaki OKU antara dua ‘joki’ didakwa lumba di Linkedua

27 Aug 2026 • 11:37 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki OKU antara dua ‘joki’ didakwa lumba di Linkedua

KULAI – Dua pelumba haram termasuk seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menunggang motosikal secara melulu dan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya di Lebih Raya Linkedua, Sabtu lalu.

Tertuduh, Mohamad Riduan Abd Ghani, 26, dan Muhamad Aiman Izzuddin Syukri, 25, yang juga OKU masalah pembelajaran bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret R. Salini.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menunggang motosikal jenis Yamaha di Lebuh Raya Linkedua secara melulu dan mendatangkan bahaya pengguna jalan raya pada pukul 7 pagi, 22 Ogos lalu.

Pendakwaan dikemukan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) Pindaan 2020 dan boleh dihukum seksyen dan akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, mereka yang bekerja sebagai mekanik itu boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda hingga RM15,000.

Timbalan Pendakwa Raya, Lee Weng Hong menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 ke atas kedua-dua tertuduh.

Peguam Amarpreet Singh yang mewakili Mohamad Riduan dan Abd Rahim Ali yang mewakili Muhamad Aiman bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jaminan terhadap anak guam mereka.

Mahkamah kemudiannya membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh membayar jaminan tersebut.

Terdahulu, Kosmo! pada Isnin lalu melaporkan seorang pempengaruh permotoran antara lapan individu dipercayai terbabit dalam video tular kerana menutup jalan bagi perlumbaan haram di Lebuhraya Linkedua di sini Sabtu lalu direman empat hari bagi membantu siasatan.

Sehari kemudian tiga lagi lelaki ditahan di Kuala Lumpur bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, dua daripada 11 individu yang ditahan didakwa hari ini, manakala sembilan lagi diberi jaminan polis.-KOSMO! ONLINE

The post Lelaki OKU antara dua ‘joki’ didakwa lumba di Linkedua appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved