Lelaki Orang Asli maut diserang harimau belang

LocalEnvironment
22 Sep 2026 • 9:52 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki Orang Asli maut diserang harimau belang

SUNGAI SIPUT – Seorang lelaki Orang Asli maut selepas dipercayai diserang harimau belang ketika mencari rotan di Kampung Takung, Pos Perwor, di sini semalam.

Mayat mangsa, Zamberi Angah, 43, ditemukan pada pukul 6:58 petang di kawasan rumpun buluh berhampiran jalan balak.

Difahamkan, mangsa ketika itu sedang mencari rotan bersama rakannya di kawasan Hutan Simpan Korbu sebelum diserang haiwan berkenaan.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menerima aduan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.30 petang sebelum operasi pencarian dimulakan pada pukul 6.30 petang.

Mangsa ditemukan kira-kira 28 minit kemudian di kawasan rumpun buluh berhampiran jalan balak, kira-kira 200 meter dari lokasi yang dipercayai berlaku serangan.

Difahamkan, kesan tapak kaki harimau belang serta kesan gigitan pada leher mangsa turut ditemukan, selain beberapa petunjuk lain seperti kesan pergelutan, seretan dan darah di sekitar lokasi penemuan mangsa.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Perak, Dr. Pazil Abdul Patah berkata, pihaknya telah bertemu dengan anak mangsa dan akan membantu keluarga berkenaan mendapatkan Bantuan Mangsa Serangan Hidupan Liar.

Katanya, khidmat nasihat berkaitan langkah-langkah keselamatan turut diberikan kepada penduduk kampung bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Pemasangan perangkap harimau belang akan dijalankan dalam masa terdekat bagi mengesan dan menangkap haiwan berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki Orang Asli maut diserang harimau belang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved