Lelaki Pakistan ditahan kes curi van jenazah

12 Aug 2026 • 10:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki Pakistan ditahan kes curi van jenazah

KLANG – Seorang lelaki warga Pakistan ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan sebuah van jenazah dipercayai curi di sebuah bengkel kenderaan terpakai di Bukit Kapar, di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya mengambil maklum isu tular di media sosial berkaitan van jenazah yang dipercayai dicuri di Subang Jaya.

Jelasnya, polis menjalankan pemeriksaan dan serbuan ke atas bengkel berkenaan, kira-kira pukul 7.20 malam, Jumaat lalu.

“Hasil pemeriksaan menerusi operasi itu kemudian merampas beberapa buah kenderaan termasuk van jenazah berkenaan.

“Seorang lelaki Pakistan berusia lingkungan 20-an yang juga pekerja bengkel itu turut ditahan bagi siasatan lanjut,” katanya malam ini.

Tambah Ramsay, kes itu disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1963/59 dan Seksyen 6 Akta Perniagaan Sekenhend 1946. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki Pakistan ditahan kes curi van jenazah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved