Pemandu buli jalan raya dipenjara 5 hari, denda RM10,000

LocalCars
22 Oct 2026 • 5:26 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemandu buli jalan raya dipenjara 5 hari, denda RM10,000

PETALING JAYA: Pemandu Porsche Cayenne hitam yang tular sebagai pembuli jalan raya dipenjara lima hari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya, Ahad lalu.

Majistret Nur Natasya Mohtaruddin menjatuhkan hukuman itu selepas Woo Hong Jiang, 56, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut selain hilang kelayakan memandu selama lima tahun.

Mengikut pertuduhan, dia sebagai pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Porsche Cayenne didakwa memandu secara berbahaya di Lebuhraya Puchong Bypass menghala ke Bukit Jalil pada pukul 2.14 petang, 18 Oktober lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Adriana Maisarah Mohd Farid mencadangkan hukuman berat berbentuk pengajaran (deterrent sentence) memandangkan kes berkenaan tular selain tindakan tertuduh yang berisiko tinggi menyebabkan kemalangan.

Katanya, rakaman kamera papan pemuka juga membuktikan tertuduh seorang pembuli jalan raya dan hukuman setimpal perlu dikenakan sebagai mesej tegas agar kesalahan sama tidak berulang.

Hong Jiang yang tidak diwakili peguam bela hanya memohon agar diberikan hukuman ringan. – UTUSAN

The post Pemandu buli jalan raya dipenjara 5 hari, denda RM10,000 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved