Pemandu Porsche pandu melulu dijel 5 hari, denda RM10,000

LocalCars
22 Oct 2026 • 7:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemandu Porsche pandu melulu dijel 5 hari, denda RM10,000

PETALING JAYA – Pemandu Porsche Cayenne hitam yang tular kerana memandu melulu dijatuhi hukuman penjara lima hari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya, Ahad lalu.

Majistret, Nur Natasya Mohtaruddin menjatuhkan hukuman itu selepas Woo Hong Jiang, 56, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut selain hilang kelayakan memandu selama lima tahun.

Mengikut pertuduhan, dia sebagai pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Porsche Cayenne didakwa memandu secara berbahaya di Lebuh Raya Puchong Bypass menghala ke Bukit Jalil pada pukul 2.14 petang, 18 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Adriana Maisarah Mohd Farid manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela memohon agar diberikan hukuman ringan. – KOSMO! ONLINE

The post Pemandu Porsche pandu melulu dijel 5 hari, denda RM10,000 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved