Lelaki pecah masuk kolam udang ditangkap di Tawau

LocalPolitics
25 Dec 2024 • 3:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang lelaki warga tempatan, 53, yang disyaki terlibat kes pecah masuk sebuah bengkel kolam udang di Kg Wakuba, berjaya ditangkap polis kurang 25 jam, pada Selasa.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek ditangkap dalam serbuan sebuah rumah di Kg Sungai Gading, Batu 18 Jalan Apas sekitar jam 10.30 malam, selepas dikenalpasti.

AdvertisementMenurutnya, pasukannya turut merampas beberapa peralatan bengkel yang dipercayai hasil curi, antaranya sebuah mesin welding, sebuah mesin grinder dan sebuah mesin dril.

Katanya, pihaknya sebelum itu menerima laporan polis dibuat penyelia syarikat kira-kira jam 1.24 petang pada hari sama berkenaan kejadian tersebut yang mengakibatkan kerugian RM3,000.

SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak The improved ride quality makes the Ranger more comfortable for passengers. Read more "Hasil siasatan awal mendapati, suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan kes curi dan kita juga sedang menyiasat samada suspek bertindak bersendirian atau mempunyai rangkaian dengan individu lain,"katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.