Lelaki Pekak Tikam Teman Wanita: Prosiding Ditangguh 4 Disember

27 Nov 2026 • 4:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Lelaki Pekak Tikam Teman Wanita: Prosiding Ditangguh 4 Disember

BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen di sini menangguhkan prosiding kes seorang lelaki pekak yang disyaki menikam teman wanitanya bagi membolehkan jurubahasa isyarat dilantik untuk membantu urusan mahkamah.

Tertuduh, Mohd Khairol Anuar Abdullah, 37, dijadualkan hadir semula pada 4 Disember ini bagi membolehkan pertuduhan terhadapnya dibacakan dengan bantuan jurubahasa, untuk memastikan dia memahami prosiding yang dijalankan.

Penangguhan itu diputuskan Hakim Roslan Hamid pada prosiding hari ini. 

Tiada tawaran ikat jamin dibuat terhadap tertuduh.

Mohd Khairol Anuar dijangka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya, susulan kejadian di sebuah rumah di Mak Mandin pada 14 November lalu.

Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta dikenakan denda atau sebatan.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa yang juga pekak, berusia 44 tahun dan bekerja sebagai operator kilang, ditemukan dalam keadaan berlumuran darah oleh seorang jiran.

Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan lanjut. - Getaran, 27 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved