
PUCHONG – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Tengah, Jalan Kempas di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu daripada ahli keluarganya kira-kira pukul 12.57 tengah hari, hari ini.
Menurutnya, orang hilang (OH) dikenali sebagai Muhammad Adam Khairul Azwan itu kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya kira-kira pukul 9 malam semalam.
“Ketika keluar, OH memakai baju T-shirt berwarna hitam, seluar trek hitam dan selipar Nike.
“OH mempunyai ketinggian 167 sentimeter, berat 61 kilogram, berkulit sawo matang serta berambut pendek berwarna hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi IPD Subang Jaya di talian 03-7862 7100 atau pegawai penyiasat, Inspektor DG Ku Zainunah PG Wahab di talian 016-920 9404. Identiti pemberi maklumat dirahsiakan. – KOSMO! ONLINE
The post Muhammad Adam hilang selepas keluar rumah di Puchong appeared first on Kosmo Online.






![[KEMAS KINI] Suami isteri maut MPV dihempap lori bawa tar dikenal pasti](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/dihempap-lori-1024x787.jpeg)