Wanita maut motosikal rempuh kereta buat pusingan U

1 Nov 2026 • 9:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita maut motosikal rempuh kereta buat pusingan U
Kenderaan polis yang tiba di lokasi bagi membawa mayat ke hospital.
Image from: Wanita maut motosikal rempuh kereta buat pusingan U
Keadaan pintu kereta remuk pada bahagian pemandu selepas dirempuh motosikal mangsa.
Image from: Wanita maut motosikal rempuh kereta buat pusingan U
Lokasi kemalangan membabitkan sebuah motosikal yang merempuh kereta sedang buat pusingan U.

MACHANG – Seorang wanita warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang dipercayai membuat pusingan U di Kilometer 26, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Machang pada Ahad.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 62 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Azuhar Md Nor berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu kereta jenis Toyota Vios, motosikal SYM BX110 dan Toyota Hilux milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

**media[3696658]**

Menurutnya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga kenderaan itu bergerak dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai sebelum pemandu Toyota Vios juga pesara guru lelaki berusia 84 tahun dipercayai membuat pusingan U secara tiba-tiba dari bahu jalan.

“Tindakan itu menyebabkan penunggang motosikal berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kanan hadapan kereta terbabit.

“Pada masa sama, Toyota Hilux PDRM yang dipandu seorang pegawai polis dari arah belakang turut tidak sempat mengelak sebelum melanggar motosikal berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Azuhar berkata, pemandu kereta mengalami kecederaan ringan manakala pegawai polis yang memandu Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat.

**media[3696657]**

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.

“Polis sedang mengesan saksi bebas serta rakaman kamera litar tertutup berhampiran lokasi kejadian bagi membantu siasatan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Machang.

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved