Lelaki rugi RM100,000 terperdaya tawaran pulangan pelaburan dalam 24 jam

LocalBusiness & Finance
18 Aug 2026 • 10:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki rugi RM100,000 terperdaya tawaran pulangan pelaburan dalam 24 jam
Pelaburan dikenali Centralize itu diperkenalkan kepadanya daripada individu warga Indonesia menerusi WhatsApp. Gambar hiasan Foto: Bernama

KOTA TINGGI - Seorang lelaki di daerah ini kerugian RM100,000 akibat terperdaya dengan pakej pelaburan serendah RM350 dan dijanjikan akan menerima pulangan dalam tempoh 24 jam sebanyak RM50,000.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun diperdayakan selepas tertarik dengan iklan skim pelaburan pada 1 Julai lalu.

“Pelaburan dikenali Centralize itu diperkenalkan kepadanya daripada individu warga Indonesia menerusi Whatsapp.

“Mangsa yang berminat kemudian melakukan dua transaksi pemindahan wang ke dua akaun penerima berbeza,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurut Yusof, mangsa kemudian melakukan pembayaran secara berperingkat dengan jumlah keseluruhan pelaburan bernilai RM100,000.

Beliau berkata, bayaran itu bagi mendapatkan pulangan keuntungan pelaburan yang disekat menerusi applikasi Centralize.

“Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila tidak menerima pulangan hasil pelaburan seperti yang dijanjikan selepas membuat beberapa pembayaran,” katanya.

Lelaki itu kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada Isnin mendakwa diperdaya pelaburan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved