Wanita rugi RM41,215 terperdaya tawaran kerja, pelaburan dalam talian

LocalBusiness & Finance
17 Sep 2026 • 7:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Wanita rugi RM41,215 terperdaya tawaran kerja, pelaburan dalam talian

IPOH, 17 SEPT: Wanita berusia 36 tahun kerugian RM41,215 selepas terperdaya dengan penipuan kerja dan pelaburan tidak wujud dalam talian, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintenden Khalid Mohamad berkata mangsa menerima tawaran kerja melalui aplikasi WhatsApp pada 13 September lalu dengan tawaran ganjaran bagi melaksanakan tugasan penilaian barangan di platform Shopee.

Beliau berkata mangsa kemudian diarahkan membuat beberapa pemindahan wang ke akaun bank yang diberikan suspek.

“Pada 15 September, mangsa membuat enam transaksi berjumlah RM41,215 sebelum diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM32,800. Mangsa menyedari dirinya ditipu dan tidak meneruskan bayaran tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Khalid menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak mudah mempercayai tawaran kerja serta pelaburan yang dipromosikan dalam talian melalui laman sosial ataupun secara bersemuka, selain membuat semakan dengan agensi berkaitan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved