
PUTRAJAYA- Seorang lelaki yang didakwa membuat provokasi sehingga menyebabkan insiden tolak-menolak pada sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya Isnin lalu disahkan positif ganja.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, susulan itu, siasatan terhadap suspek turut dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Ujian air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis THC dan siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 KPJ ke atas suspek telah dibenarkan selama hari,” katanya kepada Kosmo! hari ini.
Aidi Sham turut mengesahkan polis telah membuat tangkapan keatas seorang lelaki Melayu berumur 30 tahun setelah individu tersebut hadir menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Putrajaya pada pukul 12.15 malam tadiz
“Polis telah menerima lima laporan berkaitan kejadian provokasi semasa sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya.
“Sebanyak tujuh rakaman percakapan saksi telah diambil,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki tular cetus provokasi hari merdeka positif ganja appeared first on Kosmo Digital.






