Lelaki tular hari merdeka direman satu hari

2 Sep 2026 • 11:32 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki tular hari merdeka direman satu hari

PUTRAJAYA- Seorang lelaki yang didakwa membuat provokasi sehingga menyebabkan insiden tolak-menolak pada sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya Isnin lalu direman selama satu hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas permohonan dibuat polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed ketika dihubungi mengesahkan perintah reman itu.

“Suspek direman selama satu hari bermula hari ini. Belum pasti bila akan tuduh, kena tunggu Timbalan Pendakwa Raya dahulu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! tadi.

Semalam, polis meminta lelaki tular itu hadir Ibu Pejabat Polis Putrajaya bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed dilaporkan berkata, lelaki itu diminta tampil memberi keterengan berikutan pihaknya menerima empat laporan berkaitan kejadian provokasi tersebut.

Suspek didakwa merempuh dan menolak orang awam yang sedang menunggu pembukaan pagar tempat duduk sehingga berlaku tolak-menolak dan beberapa individu terjatuh.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki tular hari merdeka direman satu hari appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved