Lelaki pukul ustaz semasa kuliah Subuh ditahan

29 Aug 2026 • 5:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki pukul ustaz semasa kuliah Subuh ditahan
Tangkap layar video tular menunjukkan lelaki terbabit dilihat memukul tenaga pengajar dalam kuliah Subuh di sebuah masjid di Tikam Batu, Sungai Petani pada Sabtu.

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki yang disyaki memukul seorang tenaga pengajar semasa kuliah Subuh sedang berlansung di sebuah masjid di Tikam Batu di sini pada Sabtu telah ditahan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan bagi membantu siasatan kes terbabit.

Menurutnya, semakan ke atas lelaki warga tempatan itu mendapati dirinya mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.

"Kejadian dilaporkan berlaku sekitar 7.10 pagi dan tangkapan telah kita buat kira-kira jam 1 tengah hari tadi (Sabtu).

"Penahanan dibuat kerana disyaki mempunyai kaitan seperti dalam video yang tular," katanya.

Bagaimanapun katanya, motif kejadian masih dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, tambahnya.

Terdahulu, satu video berdurasi 55 saat tular menunjukkan seorang lelaki masuk ke dalam masjid dan meluru ke hadapan sebelum memukul bahagian kepala tenaga pengajar ketika jemaah sedang kusyuk mendengar kuliah Subuh di masjid berkenaan.

Kejadian turut disaksikan jemaah lain yang dilihat tergamam, sebelum lelaki terbabit berjalan keluar dari masjid sejurus kejadian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved