Sebelum ini seorang lelaki didakwa telah menunjukkan alat sulit kepada seorang pustakawan yang sedang bertugas di Perpustakaan Desa Padang Siding, Arau, Perlis pada 12 Ogos yang lalu.
Selain itu, pustakawan wanita itu turut mendakwa wangnya RM390 hilang dipercayai diambil oleh lelaki berkenaan sewaktu dia pergi mendapatkan bantuan.
Polis tahan lelaki disyaki tunjuk kemaluan dan curi wang pustakawan wanita
Susulan daripada insiden itu, polis telah bertindak menahan lelaki yang disyaki melakukan perbuatan berkenaan serta mencuri wang di perpustakaan tersebut.
Jelas Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohdsin Md Rodi lelaki tersebut berusia 25 tahun dan telah ditahan oleh polis pada tengah hari semalam (16 Ogos) serta akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar pada hari ini (17 Ogos) untuk permohonan reman.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pustakawan Dakwa Ada Lelaki Tunjuk Alat Sulit Di Perpustakaan, Duit RM390 Turut Dilaporkan Hilang
Suspek mengaku buat perkara tak senonoh dan curi duit mangsa
“Dalam soal siasat awal, suspek mengaku melakukan perbuatan melampau terhadap wanita berusia 37 tahun dan mencuri wang tunai milik mangsa.
“Susulan penahanannya, polis merampas motosikal jenis Yamaha Y15ZR, anak kunci dan topi keledar yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian,” jelasnya, lapor Harian Metro.
Lelaki ditahan positif dadah Methamphetamine
Beliau turut memaklumkan berdasarkan hasil ujian saringan air kencing, lelaki terbabit didapati positif dadah jenis Methamphetamine serta semakan turut menunjukkan dia mempunyai sebanyak tujuh rekod kesalahan termasuk:
- Penyalahgunaan dadah
- Mencuri
- Menceroboh
- Rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).
Kes disiasat di bawah dua seksyen
Kes disiasat di bawah Seksyen 380 KK atas kesalahan mencuri di dalam bangunan dan Seksyen 509 KK kerana perbuatan mengaibkan kehormatan seseorang.







