Tiga ‘ulat’ parkir haram ditahan, ugut wanita buat aduan

16 Aug 2026 • 2:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga ‘ulat’ parkir haram ditahan, ugut wanita buat aduan

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki berusia antara 20 hingga 26 tahun ditahan selepas dipercayai mengugut seorang wanita yang membuat aduan berhubung aktiviti mengutip wang parkir secara haram di tanah kosong berhampiran Dewan Komuniti OUG, Jalan Awan Besar, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 38 tahun itu pada pukul 2.38 petang semalam.

Menurut beliau, wanita berkenaan mendakwa dimarahi suspek dengan kata-kata kesat sebelum salah seorang daripada mereka menumbuk bahagian kepalanya.

“Suspek turut mengugut akan memukul dan membuat kacau di tempat kerja pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata, hasil siasatan mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Permohonan reman terhadap suspek pertama diperoleh selama tiga hari bermula hari ini hingga 18 Ogos, manakala dua lagi suspek masing-masing direman sehari,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Tiga ‘ulat’ parkir haram ditahan, ugut wanita buat aduan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved