Lelaki Usia 49 Tahun Didakwa Rog*l Kucing Di TikTok Ditahan, Ada Rekod Jenayah Berkaitan Dad*h

20 Oct 2026 • 9:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seekor kucing di kediamannya, susulan penularan video kejadian itu di platform media sosial Threads.

Suspek berusia 49 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dalam serbuan pagi tadi, menurut Utusan.

Advertisement

Suspek Mempunyai Rekod Jenayah Lampau

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Saari Yaacob berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan pecah rumah.

View this post on Instagram

Katanya, lelaki berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Pasir Puteh esok bagi mendapatkan perintah reman.

Kes Disiasat Mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kami memandang serius kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti fakta sebenar,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

lelaki rogol kucing

Polis Nasihat Orang Ramai Tidak Sebarkan Video

Saari turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan semula video berkenaan bagi mengelakkan penyebaran kandungan tidak wajar serta tidak menjejaskan siasatan.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 55 saat di media sosial yang memaparkan dakwaan perbuatan tidak senonoh dilakukan oleh seorang lelaki terhadap haiwan itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Lelaki Usia 49 Tahun Didakwa Rog*l Kucing Di TikTok Ditahan, Ada Rekod Jenayah Berkaitan Dad*h2026-10-17 17:27:46

Nik Nazmi Direhatkan Daripada Aktiviti Parti BERSAMA Selama Tiga Bulan

The post Lelaki Usia 49 Tahun Didakwa Rog*l Kucing Di TikTok Ditahan, Ada Rekod Jenayah Berkaitan Dad*h first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved