Rakyat Malaysia dicekup seludup lebih 10kg dadah ke Singapura

6 Aug 2026 • 9:59 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rakyat Malaysia dicekup seludup lebih 10kg dadah ke Singapura

SINGAPURA – Seorang lelaki warga Malaysia ditahan selepas cuba menyeludup 8.6 kilogram (kg) ganja dan 1.6kg syabu yang disembunyikan di dalam but kereta menuju ke Singapura, lapor laman  berita Mothership. 

Suspek berusia 22 tahun itu ditahan ketika memasuki Pusat Pemeriksaan Woodlands dengan kereta bernombor pendaftaran Malaysia. 

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata, pegawainya mengarahkan kereta dipandu suspek untuk menjalani pemeriksaan sebelum menemui sebuah kotak mengandungi dua bungkusan bahan disyaki dadah. 

Pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) segera dimaklumkan mengenai penemuan tersebut, manakala pemeriksaan lanjut menemukan lebih banyak dadah di dalam but kereta. 

Keseluruhan rampasan dadah itu dianggarkan melebihi S$361,000 (RM1.2 juta) dan boleh menampung bekalan kepada kira-kira 2,132 penagih selama seminggu.  

Siasatan lanjut sedang dijalankan, demikian menurut CNB. 

Individu yang mengimport atau mengeksport lebih 250 gram methamphetamine atau 500 gram ganja boleh berdepan hukuman mati di Singapura. – AGENSI

The post Rakyat Malaysia dicekup seludup lebih 10kg dadah ke Singapura appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved