Lelaki warga emas ditemukan maut, suspek kurang siuman ditahan

16 Oct 2026 • 4:26 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki warga emas ditemukan maut, suspek kurang siuman ditahan

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun ditemukan maut di kawasan Permas Jaya, di sini petang semalam selepas dipukul dengan benda tumpul di bahagian lengan, kepala serta muka, beberapa kali.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Ng Swie Chait berkata, mangsa yang merupakan warga tempatan itu ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di seluruh badannya.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan awam berhubung perkara itu pada pukul 4.54 petang, semalam.

“Susulan itu, seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun dipercayai kurang siuman telah ditahan di hadapan sebuah kedai makan di Bandar Baru Permas Jaya, di sini pada pukul 6 petang, hari sama. Turut dirampas sebatang tongkat besi dan sebuah potret gambar.

“Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau bersabit kesalahan jenayah dan dadah. Bagaimanapun ujian urin mendapati suspek negatif penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Swie Chait, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan. Manakala orang awam yang membawa maklumat berhubung kejadian boleh hubungi talian 07-2182323,” katanya.-UTUSAN

The post Lelaki warga emas ditemukan maut, suspek kurang siuman ditahan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved