Mayat lelaki warga emas ditemukan terapung

14 Oct 2026 • 5:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mayat lelaki warga emas ditemukan terapung
Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan terapung di kawasan Tasik Raban berhampiran Pengkalan Ikan, Kuak dekat Lenggong, Isnin lepas. - Gambar hiasan

IPOH - Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan terapung di kawasan Tasik Raban berhampiran Pengkalan Ikan, Kuak dekat Lenggong, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdul Samad Othman berkata polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat lelaki berusia 67 tahun itu pada 5.17 petang.

"Mayat ditemukan berhampiran tebing tasik dan siasatan di lokasi kejadian turut menjumpai motosikal jenis Honda Wave berwarna merah putih, dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata identiti lelaki itu disahkan melalui proses pengecaman oleh isterinya semalam dan hasil bedah siasat yang dijalankan di Bahagian Forensik Hospital Taiping mengecahkan punca kematiannya akibat lemas.

"Kematian warga emas itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah namun siasatan lanjut sedang diteruskan. Beberapa spesimen diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Ipoh bagi ujian toksikologi manakala orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu,” katanya. - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved