Lelaki warga emas maut selepas kereta langgar pokok

1 Nov 2023 • 8:36 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

GEORGE TOWN: Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum melanggar tiang papan tanda digital dan sebatang pokok di kiri jalan di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, di sini hari ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Suhaiman Abdul Jamal berkata Ang Kah Hin, 65, ditemukan tersepit di tempat pemandu Perodua Alza itu oleh anggota bomba yang sampai ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.11 petang.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta itu terbabas lalu melanggar tiang papan tanda digital sebelum merempuh sebatang pokok, dan ia mengakibatkan lelaki berkenaan tersepit di ruang pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Kami menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Lelaki itu berjaya dikeluarkan pada pukul 4.36 petang dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,“ katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya mayat warga emas itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved