Lemas Tanjung Lompat: Mayat Thaqif Rayyan dijumpai, dua lagi hilang

3 Sep 2026 • 4:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lemas Tanjung Lompat: Mayat Thaqif Rayyan dijumpai, dua lagi hilang

KOTA TINGGI – Satu lagi mangsa lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di sini berjaya ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian.

Pegawai Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Tanjung Sedili, Leftenan Komander Mohamed Shafiee Bakar berkata, mangsa dikenalpasti sebagai Muhammad Thaqif Rayyan Rumainoor, 16 dijumpai pada pukul 1.53 petang.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan terapung di lokasi berhampiran penemuan mangsa pertama iaitu pada jarak kira-kira 800 meter,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Menurutnya, operasi SAR masih diteruskan dengan mengekalkan radius pencarian dua lagi mangsa pada jarak dua batu nautika. – KOSMO! ONLINE

The post Lemas Tanjung Lompat: Mayat Thaqif Rayyan dijumpai, dua lagi hilang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved