Lenovo Yoga Mini 11 i Gen11 Kini Ditawarkan Di Pasaran Malaysia Dengan Harga Permulaan RM4403

LocalTechnology
7 Jul 2026 • 11:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa bulan lalu kami telah melaporkan bahawa Lenovo telah memperkenalkan penawaran Mini PC mereka sendiri dengan Lenovo Yoga Mini 11 i Gen11. Komputer kerdil ini dilihat sebagai pesaing kepada komputer kerdil Apple Mac Mini yang hadir dengan spesifikasi komponen terbaru yang cukup berkuasa untuk tugasan produktiviti.

Image from: Lenovo Yoga Mini 11 i Gen11 Kini Ditawarkan Di Pasaran Malaysia Dengan Harga Permulaan RM4403

Lenovo Yoga Mini 11 i Gen11 ini nampaknya sudahpun memasuki pasaran tempatan dengan penawaran komponen Intel Core Ultra X7 358H ataupun Intel Core Ultra 5 325, memori LPDDR5X sebanyak 16GB dan storan SSD PCIe 4.0 512GB ataupun 1TB bergantung kepada konfigurasi yang dipilih.

Dari segi pilihan I/O, komputer ini dimuatkan dengan dua palam USB-C  (Thunderbolt 4, USB 40Gbps), dua palam USB-C (USB 10Gbps), satu palam USB-A (USB 10Gbps), satu HDMI 2.1, satu palam RJ45 dan bicu audio/mikrofon terbina. Sokongan rangkaian nirwayar pula ialah WiFi 7 dan Bluetooth 6. Butang kuasa komputer ini turut dilengkapi pengimbas cap jari terbina bagi menyokong Windows Hello.

Image from: Lenovo Yoga Mini 11 i Gen11 Kini Ditawarkan Di Pasaran Malaysia Dengan Harga Permulaan RM4403

Lenovo Yoga Mini 11i Gen11 sudahpun mula ditawarkan melalui laman Lenovo Malaysia pada harga RM4403 dengan konfigurasi Intel Core Ultra 5 325, 16GB memori LPDDR5X dan storan SSD PCIe 4.0 sebesar 1TB.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved