Lenovo ThinkPad P14s Gen7 Ditawarkan Di Pasaran Malaysia Pada Harga Permulaan RM6199

LocalTechnology
2 Jul 2026 • 1:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda sedang mencari sebuah komputer riba padat dan ringan dengan kemampuan produktiviti berkuasa, Lenovo Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan ketibaan komputer riba Lenovo ThinkPad P14s Gen7 untuk pasaran tempatan.

Komputer riba ini hadir dengan paparan skrin IPS bersaiz 14 inci dengan resolusi 1920×1200 dan kadar segar semula 60Hz dan dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD Ryzen AI 5 PRO 440 bersama-sama memori DDR5 sehingga 96GB dan storan SSD PCIe 4.0 terbina sebesar 2TB.

Image from: Lenovo ThinkPad P14s Gen7 Ditawarkan Di Pasaran Malaysia Pada Harga Permulaan RM6199

Dari segi penawaran palam pula, Lenovo ThinkPad P14s Gen7 hadir dengan dua palam USB4 di bahagian kanan, dengan satu palam USB 3.2 Type-A, palam HDMI 2.1 dan palam audio 3.5mm. Bahagian kiri pula merumahkan satu palam USB 3.2 Type-A dan satu palam Ethernet RJ-45 untuk sambungan berwayar. Untuk sambungan nirwayar, komputer riba ini menyokong sambungan WiFi7 dan Bluetooth 5.4.

Image from: Lenovo ThinkPad P14s Gen7 Ditawarkan Di Pasaran Malaysia Pada Harga Permulaan RM6199

Komputer riba ini dimuatkan dengan pillihan bateri 60WHr ataupun 75WHr bergantung kepada keperluan pengguna. Selain daripada ketahanan bateri yang lama, Lenovo mengatakan bahawa bateri ini boleh ditukar sendiri oleh pengguna, dimana mereka hanya perlu membuka ruangan dibawah dengan pemutar skru, dan proses penggantian adalah cepat dan mudah.

Lenovo ThinkPad P14s Gen7 kini sudah mula ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga permulaan RM6193 dengab konfigurasi memori dan storan 16GB dan 256GB. Anda hanya perlu ke laman web Lenovo Malaysia untuk mengubahsuai konfigurasi komputer riba ini untuk memenuhi keperluan penggunaan anda.

Sumber: Lenovo Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved