
Oppo Find N6 dilancarkan hari ini ke pasaran global Ia adalah sebuah lagi peranti skrin lipat dengan tubuh nipis dan skrin dalaman yang tidak mempunyai kesan lipatan serta stylus AI Pen baharu. Ia dilengkapi skrin Snapdragon 8 Elite Gen 5, memori sebesar 16GB RAM LPDDR5X, storan 512GB UFS 41. dan bateri sebesar 6000 mah yang menyokong pengecasan berwayar 80W serta nirwayar 50W AirVOOC.

Peranti hadir dengan skrin luar 6.62″ OLED 120Hz sementara skrin dalaman pula sebesar 8.12″ OLED 120Hz boleh-lipat. Skrin adalah dari jenis LTPO yang menyokong kandungan HDR10+ dan Dolby Vision. Kesan lipatan tidak ketara pada skrin dalaman kerana teknologi Zero Feel Crease menggunakan teknik cetakan 3D untuk mengurangkan lekuk pada engsel Flexion Hinge generasi kedua.

Dalam keadaan tertutup sekalipun, Find N6 adalah setebal 8.93 mm dan apabila dibuka pula ia setebal 4.21 mm dengan berat keseluruhan peranti pula adalah 225 gram. Tubuh peranti turut melepasi piawaian IP59.

Kamera utama terdiri daripada sudut lebar 200MP, sudut ultra lebar 50MP dan telefoto perisskop 50MP. Dua kamera swafoto di luar serta dalam pula menggunakan sensor 20MP. Sistem kamera Hasselblad serta mod X-Pan turut disertakan sekali. Ini adalah penambahbaikan daripada kamera 50+8+50MP di belakang dan 8MP swafoto pada Find N5.
Terdapat butang Snap Key seperti pada Find X9 yang membolehkan kamera, Mind Space, rakaman audio, lampu dan banyak lagi ciri boleh dilancarkan apabila ia ditekan. Tiada lagi butang lungsur yang dahulunya dipinjam daripada OnePlus.

Sistem operasi yang digunakan ialah ColorOS 16 berasaskan Android 16. Menerusi sistem operasi ini disertakan ciri Task Bar memudahkan proses pertukaran aplikasi dalam mod tablet. Boundless View pula membolehkan sehingga tiga aplikasi dilancarkan serentak. Kerana kita di era kecerdasan buatan (AI), FInd N6 hadir dengan ciri menghasilkan transkrip panggilan telefon secara automatik lengkap dengan rumusan, sokongan Google Gemini, suntingan gambar juga dengan AI dan ciri penterjemahan secara masa nyata menerusi aplikasi Translate.
Stylus AI Pen boleh digunakan pada skrin luar dan dalam dengan Oppo menawarkannya dengan kerangka yang mempunyai tempat simpanan terbina. AI Pen turut boleh ditambat kepada Find N6 menggunakan bluetooth membolehkan ia dijadikan alat kawalan kamera dan melalukan pertukaran dalam aplikasi dengan menekan butang pada bahagian sisi. Oppo kini menawarkan ciri yang telah dihentikan oleh Samsung pada S Pen.

Menerusi aplikasi O+ Connect pula, pemilik Find N6 boleh menghantar fail ke peranti Apple serta mengawal komputer MacBook terus daripada skrin peranti. Ini adalah kesinambungan kepada ciri yang ditawarkan pada Find N5 tahun lalu.
Peranti ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Stellar Titanium dan Orange Blossom. Di Malaysia Oppo Find N5 dijual pada harga RM8699 sebuah untuk versi 16/512GB. Pratempahan telahpun dibuka sejak 9 Mac lalu sehingga 19 Mac Mereka yang melakukan pratempahan akan menerima hadiah percuma dalam bentuk Oppo AI Pen kit bernilai RM599, Oppo Watch S bernilai RM899 atau robot vakum LeFant M320 bernilai RM1099 selagi stok masih ada.

