Lepas makan, kenyang, mengantuk gila.
Lepas itu, tangan mula cari kopi manis pula.
Bunyi macam biasa?
Memang itulah kitaran yang banyak berlaku di tempat kerja.
Waktu tengah hari, kita makan puas-puas.
Nasi banyak, lauk berat, air manis sekali.
Lepas itu badan mula rasa lemau, mata berat, fokus pun mula menurun.
Bila mengantuk datang, ramai akan cari “penyelamat segera”.
Selalunya kopi manis.
.
Masalahnya, bila kitaran ini berulang setiap hari, ia mungkin tanda kita sedang terperangkap dalam rutin yang tidak sihat:
Makan terlalu berat
Turun tenaga selepas makan
Cari minuman manis berkafein untuk “boost” semula
Kemudian ulang lagi esok
Mengantuk selepas makan memang boleh berlaku.
Tetapi jika setiap hari sampai mengganggu fokus dan produktiviti, cuba semak semula 3 perkara ini:
1. Portion makan
Terlalu banyak makan waktu tengah hari boleh buat badan rasa lebih lesu.
2. Gula
Gabungan makanan tinggi karbohidrat dan minuman manis mudah membuatkan tenaga naik sekejap, kemudian jatuh semula.
3. Tidur
Kadang-kadang bukan badan perlukan kopi sangat pun. Badan sebenarnya perlukan rehat yang cukup.
.
Apa yang boleh cuba?
• Ambil portion sederhana waktu tengah hari
• Lebihkan protein, sayur dan serat
• Kurangkan air manis semasa makan
• Jika ambil kopi, cuba kurangkan gula sedikit demi sedikit
• Berjalan ringan 5 hingga 10 minit selepas makan
• Pastikan tidur malam mencukupi
Kalau sekali sekala, itu biasa.
Tapi kalau hari-hari lepas makan terus “tewas” dan tak boleh berfungsi tanpa kopi manis, mungkin sudah tiba masa untuk ubah sedikit rutin harian kita.
Kadang-kadang masalahnya bukan malas.
Cuma badan sedang bagi signal.
#PublicHealthMalaysia #PemakananSihat #KesihatanDiTempatKerja
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.




