
BANGKOK – Seorang peniaga makanan di Thailand menerima kecaman orang ramai selepas dirakam mencungkil kuku kakinya dengan pisau semasa berniaga, lapor laman berita Thaiger.
Kejadian itu dirakam oleh seorang pelancong dari Russia, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram menunjukkan peniaga wanita itu sedang menunggu pelanggan sambil mencungkil kuku kakinya menggunakan pisau yang digunakan untuk memotong bahan.
“Ada sesiapa mahu buah mereka dipotong? Pisau itu sudah digunakan,” demikian menurut keterangan video tersebut.
Rakaman itu mencatatkan lebih 820,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial di Russia.
“Saya akan membawa pisau sendiri atau membeli pisau di Thailand supaya saya boleh mengupas dan memotong buah sendiri,” kata seorang netizen.
“Setiap kali kami datang ke Thailand, saya selalu memberitahu suami saya untuk tidak melihat dapur atau tempat penyediaan makanan mereka,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Lepas potong buah, peniaga guna pisau cungkil kuku kaki appeared first on Kosmo Online.





