‘Titik tertinggi peniaga pasar malam, seorang ibu’

17 Oct 2026 • 2:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Titik tertinggi peniaga pasar malam, seorang ibu’

PETALING JAYA – “Titik tertinggi seorang peniaga pasar malam dan seorang ibu. Jangan tanya pukul berapa saya tidur.”

Demikian perkongsian pengguna Threads, @marshmelly.09 yang menceritakan pengalamannya hampir 10 tahun dalam dunia perniagaan sambil membesarkan lima orang anak.

Menurutnya, dia pernah membawa anak-anak ketika berniaga, membuat penghantaran makanan secara COD dan membuka kedai sebelum terpaksa menutup perniagaannya.

Pelbagai cabaran dihadapi ketika berniaga di pasar malam, termasuk berdepan hujan, ribut dan khemah terbang.

“Dalam dunia bisnes ini, entah berapa kali saya jatuh dan bangun semula. Ingatkan sudah serik berniaga, rupanya sambung pula berniaga di pasar malam,” katanya.

Dia turut berpegang pada pesanan bapanya supaya sentiasa mengutamakan Allah dan tidak meninggalkan solat walaupun sibuk mencari rezeki.

“Dalam kita sibuk mengejar rezeki, jangan sampai kita lupa kepada siapa yang memberi rezeki,” katanya.

Mengulas cara membahagikan masa antara perniagaan dan keluarga, dia dibantu tukang masak dan pekerja untuk menguruskan gerai di pasar malam.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang memuji kegigihannya serta mengakui pengorbanan besar diperlukan untuk membina kejayaan dalam perniagaan.

“Hasil yang padu macam ini mestilah berkorban apa sahaja. Tidur pun silap-silap sejam dua sahaja. Orang kata sekadar lelapkan mata untuk melepaskan lelah,” komen seorang pengguna.

Seorang lagi netizen turut berkongsi pengalamannya berniaga sambil mendoakan agar dimurahkan rezeki seperti wanita berkenaan.

“Masya-Allah, Alhamdulillah rezeki awak, sis. Pukul 4 pagi saya tengok hantaran ini sambil memasak sambal untuk berniaga esok. Kadang-kadang rasa nak mengalah sebab penat. Semoga duit saya banyak macam awak juga. Amin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Titik tertinggi peniaga pasar malam, seorang ibu’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved