Lepas Terima Kecaman Ramai, Jocelyn Chia & Rakan Pelawak Amerika Umum Buat ‘Apology Tour’ Di Malaysia?

Entertainment
23 Jun 2023 • 1:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak kebelakangan ini, nama pelawak Singapura, Jocelyn Chia sering menjadi bualan orang ramai susulan jenakanya mengenai Malaysia yang dianggap keterlaluan apabila dia menyentuh isu sensitif yang melibatkan tragedi pesawat MH370.

Meskipun menerima kecaman serta kritikan yang hebat daripada para netizen yang bengang dengan tindakan Jocelyn, ia tidak menghalangnya daripada terus menggunakan tragedi MH370 sebagai bahan jenaka.

Baru-baru ini melalui sebuah posting di media sosial, Jocelyn Chia bersama rakan pelawaknya yang berasal daripada Amerika Syarikat, Chrissie Mayr telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan ‘Apology Tour’ di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

image is not available

Berdasarkan poster yang dimuat naik itu, kedua-dua wanita itu memaklumkan tour itu bakal diadakan di Electric Boulevard, TREC, Kuala Lumpur pada 26 Ogos akan datang.

Hantaran itu telah sekali lagi membangkitkan kemarahan warganet di Malaysia yang rata-rata membantah tindakan Jocelyn untuk datang ke Malaysia selepas apa yang dia telah lakukan.

Tapi sebenarnya?

Bagaimanapun, ada yang mengatakan bahawa poster itu sengaja dibuat untuk membangkitkan kemarahan netizen di Malaysia kerana tempat yang dinyatakan oleh Jocelyn dan Chrissie itu sebenarnya sudah lama tidak beroperasi.

image is not available

Sekadar info tambahan, Chrissie Mayr juga merupakan individu yang pernah tular back up dengan mengganggap lawak Jocelyn hebat serta tidak perlu membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia.

Netizen ‘serang’ ruangan komen

Melihat ruangan komen posting berkenaan, rata-rata netizen tidak setuju dengan tindakan Jocelyn untuk datang ke Malaysia sehinggakan ada yang meminta pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap Jocelyn apabila dia berada di Malaysia.

image is not available

image is not available

Kalau betul tempat tu dah tutup, apa motif dia buat poster tu?

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.