LG dan NVIDIA kini umum kerjasama, dimana kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam pembangunan robot berbentuk manusia, dan dijangka diperkenal seawal suku pertama 2027 kelak.

Robot ini akan dibangunkan menggunakan platform NVIDIA Jetson Thor, serta menggunakan model Isaac GR00T. LG pula akan menggunakan kelebihan mereka rentas pelbagai anak syarikat termasuk untuk sensor dan bateri.

Selain pembangunan robot ini, LG juga turut akan mula menggunakan versi robot yang menggunakan kaki beroda untuk bergerak seawal penghujung tahun ini, di kilang pengeluaran mesin basuh LG, sebelum memperluas ia ke kilang yang lain.




