Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), kini berkongsi menyatakan pengguna integrasi MyDigital ID pada platform MyTax berkuat-kuasa 1 Januari 2025. Dengan langkah ini, pengguna boleh log masuk ke platform MyTax dengan pilihan MyDigital ID selain pilihan akaun log masuk sedia ada.

Bergerak kehadapan, implementasi sepenuhnya MyDigital ID pada MyTax akan berkuat-kuasa 1 Januari 2027 – dimana semua pengguna perlu menggunakan MyDigital ID untuk mengakses platform LHDN berkenaan.
Seperti ramai sedia maklum, MyDigital ID adalah penyelesaian identiti digital oleh kerajaan, membolehkan pengguna mendaftar hanya satu akaun dan menggunakannya untuk log masuk pelbagai perkhidmatan kerajaan. Selain LHDN, pihak JPJ turut telah mengintegrasikan sokongannya melalui aplikasi MyJPJ buat masa ini.


