Aplikasi myTNB Juga Akan Menggunakan Sistem Log Masuk MyDigital ID Pada Awal Tahun Hadapan

TechnologyDigital
29 Oct 2024 • 4:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hari ini, Tenaga Nasional Berhad telah mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan sistem log masuk MyDigital ID pada awal tahun depan untuk digunakan pada aplikasi myTNB. Tenaga Nasional mengatakan bahawa penggunaan sistem log masuk MyDigital ID adalah salah satu pilihan yang diberikan kepada para pengguna, dan tidak akan menggantikan sistem log masuk sedia ada.

image is not available

Setakat ini, tiada tarikh kukuh yang diberikan untuk kemaskini penggunaan MyDIgital ID ini, tetapi pihak Tenaga Nasional mengatakan bahawa ia akan diimplementasi sekitar awal tahun 2025.

Seperti ramai sedia maklum, MyDigital ID adalah penyelesaian identiti digital oleh kerajaan, membolehkan pengguna mendaftar hanya satu akaun dan menggunakannya untuk log masuk pelbagai perkhidmatan kerajaan. Selain TNB, pihak JPJ turut telah mengintegrasikan sokongannya melalui aplikasi MyJPJ buat masa ini.