Libat urus Myanmar kekal berpandukan kerangka ASEAN, 5PC - Anwar

16 Nov 2026 • 12:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Libat urus Myanmar kekal berpandukan kerangka ASEAN, 5PC - Anwar
Anwar (tengah) hadir pada Sesi Permukiman Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Manila.

MANILA - Pendekatan Malaysia menerusi penglibatan langsung dan dialog berterusan dengan semua pihak bagi menangani kemelut Myanmar tidak mengetepikan kerangka ASEAN serta Konsensus Lima Perkara (5PC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pertemuan dengan kepimpinan Myanmar di Bangkok dan Beijing, disusuli dengan lawatan rasmi Presiden Myanmar Min Aung Hlaing ke Malaysia pada Oktober lepas, merupakan sebahagian daripada usaha mencari penyelesaian yang lebih berkesan.

"Pendekatan ini tidak sekali-kali mengetepikan kerangka ASEAN dan 5PC, sebaliknya membuka ruang untuk menyampaikan pendirian serta harapan kita secara terus, di samping menangani isu dua hala, termasuk kebajikan rakyat Myanmar di Malaysia,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, perkara itu dikongsikan beliau dalam Sesi Permukiman Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di sini.

Perdana Menteri turut berkongsi perbincangannya dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio yang antaranya menyentuh perkembangan di Myanmar.

"Perkara ini memperlihatkan keperluan untuk meneruskan usaha diplomatik dengan pelbagai pihak bagi mencari penyelesaian kepada kemelut berkenaan,” kata beliau.

Anwar berkata, perbincangan itu turut menyentuh tentang ancaman jenayah penipuan rentas sempadan serta potensi kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

"Dalam soal tenaga, saya menggesa agar pelaksanaan Jaringan Grid Tenaga ASEAN dipercepat bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, khususnya dari sektor ekonomi digital dan pusat data, di samping memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga serantau,” katanya.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan berlangsung di sini pada 15 hingga 17 November di bawah kepengerusian Filipina. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved