Malaysia teruskan dialog langsung tangani kemelut Myanmar

LocalPolitics
16 Nov 2026 • 11:34 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Malaysia teruskan dialog langsung tangani kemelut Myanmar

PETALING JAYA: Malaysia akan meneruskan dialog secara langsung dengan semua pihak bagi mencari penyelesaian kepada kemelut Myanmar berlandaskan Konsensus Lima Perkara (5PC) ASEAN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu membolehkan Malaysia menyampaikan pendiriannya kepada kepimpinan Myanmar di samping membincangkan isu dua hala, termasuk kebajikan rakyat negara itu di Malaysia.

Katanya, pertemuan dengan kepimpinan Myanmar di Bangkok dan Beijing serta lawatan rasmi Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing, ke Malaysia pada Oktober lalu merupakan sebahagian daripada usaha itu.

“Pendekatan tersebut tidak sekali-kali mengetepikan kerangka ASEAN dan Konsensus Lima Perkara (5PC), sebaliknya membuka ruang untuk menyampaikan pendirian serta harapan kita secara terus, di samping menangani isu dua hala, termasuk kebajikan rakyat Myanmar di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar berkata, perkembangan di Myanmar turut dibincangkan bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio.

“Perbincangan tersebut menyentuh ancaman jenayah penipuan rentas sempadan serta potensi kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI),” katanya.

Selain itu, Anwar turut membangkitkan keperluan memperkukuh bekalan tenaga serantau susulan peningkatan permintaan elektrik.

“Dalam soal tenaga, saya menggesa agar pelaksanaan Jaringan Grid Tenaga ASEAN dipercepat bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, khususnya daripada sektor ekonomi digital dan pusat data, di samping memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga serantau,” katanya. – UTUSAN

The post Malaysia teruskan dialog langsung tangani kemelut Myanmar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved