
Kapten Star City, Endrick Dos Santos, menegaskan dia dan rakan sepasukan hadir ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini dengan misi untuk meraih mata sekali gus memperbaiki kedudukan di carta Liga Super musim ini.
Tonggak tengah Harimau Malaya itu percaya Skuad Sang Helang Utara mampu meneruskan rentak positif sepertimana dalam dua perlawanan terdahulu yang menyaksikan mereka mencatatkan kemenangan.
Meskipub sedar tugasan berat menanti, Endrick menggesa rakan sepasukannya untuk kekal fokus sepanjang 90 minit perlawanan di samping tidak melakukan sebarang kesilapan mudah yang pastinya akan dihukum lawan.
Untuk rekod, Star City pernah menewaskan selangor 3-2 di MBPJ dalam aksi suku akhir kedua Piala FA musim ini, namun gagal meneruskan kemaraan apabila tewas menerusi agregat 4-6.
"Buat masa ini persediaan sangat baik, kami ada Waktu untuk memperbaiki sesuatu. Kami hadir untuk beri aksi terbaik, kami banyak peningkatan.
"Minggu ini kami bersama, perbaiki kesilapan dan kami bersedia untuk aksi nanti. Jika kami menang, kami akan berada dalam kelompok enam terbaik, setiap aksi penting buat kami.
"Kami tiada tekanan, saya dan pasukan bersedia untuk aksi ini." katanya.






