Liga Super: JDT ‘bedil’ Star City 7-0

29 Aug 2026 • 11:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Liga Super: JDT ‘bedil’ Star City 7-0

JOHOR BAHRU – Selepas membelasah Kelantan Red Warrior FC 9-0, Rabu lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengganas apabila membenam Star City FC 7-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Skuad Harimau Selatan hampir membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi Arif Aiman Hanafi, namun rembatan kapten JDT itu dinafikan penjaga gol Star City, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Bagaimanapun, gawang Star City akhirnya bocor pada minit ke-17 selepas kesilapan hantaran pendek penjaga gol itu dipintas Shahab Zahedi sebelum bola disuap kepada Bergson Da Silva untuk disudahkan.

JDT menggandakan kelebihan pada minit ke-31 menerusi Marcos Guilherme yang melakukan sepakan lambung selepas menerima umpanan Bergson. Empat minit kemudian, Bergson mencetak gol kedua peribadinya.

Skuad bimbingan Xisco Munoz terus mengganas apabila Medina menjaringkan gol keempat pada minit ke-42 menerusi tandukan.

Zahedi kemudian menambah gol kelima pada penghujung babak pertama, juga menerusi tandukan hasil hantaran Arif Aiman.

Bersambung babak kedua, JDT terus berpesta gol pada minit ke-68 dan 77.

Kemenangan 7-0 itu menyaksikan Harimau Selatan meneruskan rentetan aksi garang selepas membelasah Kelantan Red Warrior FC 9-0 sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

The post Liga Super: JDT ‘bedil’ Star City 7-0 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved