
PETALING JAYA – Sabah FC membuka tirai aksi Liga Super dengan kemenangan dramatik 3-1 ke atas Star City selepas dua gol lewat permainan memastikan kemenangan menjadi milik Sang Badak di Stadium Likas, Kota Kinabalu sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, Sabah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Dane Ingham pada minit ke-26 selepas menerima hantaran menarik daripada Fadzul Danel Mohd Nizam.
Namun, pasukan pelawat kendalian Mehmet Durakovic tidak mengambil masa lama untuk bertindak balas apabila Rafael Vitor menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.
Bersambung pada babak kedua, Sabah FC terus berusaha mencari gol kemenangan tetapi buntu untuk menembusi gawang Star City.
Kerja keras Sabah akhirnya membuahkan hasil apabila meraih gol kemenangan pada minit ke-90 menerusi penyudah bekas penyerang kebangsaan, Darren Lok.
Malam gemilang Sabah FC dilengkapkan dengan jaringan pemain import, Park Jung-bin pada masa kecederaan sekali gus menyaksikan Sang Badak menjadi kelab kelima mencatat kemenangan pada aksi pertama Liga Super musim ini. – KOSMO! ONLINE
The post Liga Super: Sabah FC buat Star City balik ‘kosong’ appeared first on Kosmo Digital.





