Liga Super: Tugas berat Victor Andrag kembalikan prestasi Penang

FootballSports
2 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Liga Super: Tugas berat Victor Andrag kembalikan prestasi Penang

Tugas berat menanti Victor Andrag dalam usaha memulihkan reputasi dan prestasi Penang sebaik sahaja mengambil alih tugas daripada pengendali terdahulu, Wan Rohaimi Wan Ismail, yang direhatkan pihak pengurusan sejurus tewas 1-2 kepada Melaka di Stadium Bandaraya pada Ahad.

Victor yang juga legenda pasukan Kedah itu dijangka memulakan tugasan sulungnya selaku ketua jurulatih Harimau Kumbang pada tanggal 22 November depan menentang Kuala Lumpur (KL) City di Cheras dalam perlawanan Liga Super minggu ketujuh.

Dengan hanya satu kemenangan, satu kali seri serta empat kali tewas setakat ini, kehadiran Victor bukan sahaja diharap mampu mengubah situasi suram Penang, malah lebih penting menarik semula keyakinan para penyokong setia untuk hadir ke stadium.

Untuk rekod, ketika membimbing Kedah FA dalam saingan Liga A1 Semi Pro 2025/26, Victor berjaya memacu Lang Merah berada di kedudukan ketiga terbaik hasil daripada 17 kemenangan, enam kali seri serta lima kali tewas.

Buat Victor Andrag, selamat maju jaya!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved