Lilo & Stitch Tonjol Nilai Kekeluargaan Dan Persahabatan

EntertainmentLifestyle
22 May 2025 • 4:03 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Lilo & Stitch sebenarnya bukanlah dua watak asing bagi kebanyakan pengikut setia dunia animasi Disney. Kedua-dua watak fiksyen ini pernah diperkenalkan kepada para penonton layar perak pada tahun 2002 dahulu.

Namun, seiringan dengan trend masa kini, filem-filem animasi lampau kini dihasilkan semula dalam versi aksi nyata. Ini merupakan satu langkah yang baik untuk memperkenalkan karya-karya seni filem yang mungkin tidak diketahui oleh generasi masa kini.

image is not available

Filem Lilo & Stitch sendiri pernah mendapat sambutan luar biasa waktu dilancarkan 23 tahun dahulu, berkat alur ceritanya yang menarik dan aneka pesanan positif. Selain itu, watak utamanya juga sangat comel dan digemari ramai orang (khasnya kanak-kanak).

Filem ini berkisar seekor haiwan atau makhluk jadian ciptaan Jumba Jookiba seorang pakar sains dari dunia makhluk asing. Namun, makhluk jadian yang dinamakan mengikut nombor giliran '626' ini dianggap spesis perosak dan juga pembawa masalah di angkasa lepas, yang ditadbir sekumpulan kuasa besar komuniti mahkluk asing lain. 

Akibatnya, 626 telah dihukum untuk dihapuskan dengan cara dibuang dari komuniti angkasa lepas. Namun ia berjaya menyelamatkan diri dengan menaiki sebuah kapal angkasa dan terhempas di Bumi.

image is not available

Di Bumi, ia menyamar menjadi seekor haiwan peliharaan seperti seekor anjing dan ditemui oleh seorang anak kecil bernama Lilo. Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ini juga kebetulan sering terbabit dengan bermacam-macam masalah kerana tidak mempunyai ibu bapa untuk menjaganya.

Lilo mengambil keputusan untuk memelihara 626 dan meyakinkan kakaknya Nani untuk membantu. Namun 626 yang kemudian diberi nama Stitch tetap menjadi buruan pihak berkuasa makhluk asing yang mengutuskan penciptanya sendiri Jumba Jookiba dan seorang agen khas bernama Pleakley demi memastikan haiwan tersebut diasingkan serta tidak mendatangkan masalah kepada penduduk Bumi.

Di sinilah bermulanya pelbagai aksi menarik dan lucu sepanjang cerita saat Stitch cuba berlindung di bawah jagaan Lilo daripada diburu dan ditangkap oleh penciptanya sendiri. 

Di sebalik aksi dan komedi yang tertera, filem ini mendedahkan sebuah persahabatan yang indah antara seorang kanak-kanak perempuan nakal dan makhluk asing peliharaannya yang turut sama menimbulkan pelbagai adegan mencemaskan.

image is not available

Oleh kerana filem ini pernah diterbitkan dalam bentuk animasi, apa yang membuat versi nyata ini menarik adalah menyaksikan bagaimana babak-babak yang pernah ditonjolkan dalam bentuk kartun dahulu digarap ke dunia sebenar.

Dengan bantuan kelengkapan moden alat seni visual masa kini, banyak babak dari versi animasi dahulu berjaya dihidupkan dengan cara yang lebih kreatif. Malah, Stitch kelihatan jauh lebih comel di dalam versi nyata kerana kesan khas membuatkan ia tampak benar-benar seperti seekor haiwan peliharaan comel atau boneka hidup yang boleh dipegang dan dibelai.

Dan seperti kesemua filem Disney, ada pesanan kekeluargaan yang boleh dan harus menjadi pengajaran buat semua yang menontonnya.

Filem ini sangat sesuai ditonton oleh seisi keluarga dan pasti ramai anak-anak bakal menyukainya.

Lilo & Stitch versi aksi nyata ini akan berada di pawagam bermula hari ini. - Getaran, 22 Mei 2025