Membesar Dengan Keluang Man, Remy Ishak Teruja Bawa Watak Shamsir! - “Rasa Macam Mimpi Jadi Kenyataan”

14 May 2025 • 4:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Datuk Remy Ishak berkongsi rasa teruja membawakan watak antagonis iaitu Shamsir dalam filem adiwira ikonik negara, Keluang Man.
 

Membesar dengan Keluang Man

 


Menurut Remy, sebagai seorang yang membesar dengan siri animasi itu, dia berasa sangat berbesar hati menjadi sebahagian daripada keluarga Keluang Man.


 

“Saya membesar dengan Keluang Man, memang zaman saya dan saya juga menonton filem superhero.

 


“Kadang-kadang saya terfikir bila masanya Malaysia nak tampilkan superhero, rasanya sebelum ini kita belum ada, maksud saya yang seperti Keluang Man,” katanya kepada Gempak.


 

Shamsir, mimpi jadi kenyataan

 


Dalam pada itu, Remy juga berkata watak Shamsir itu seolah-olah membuatkan dia berasa bagaikan mimpi menjadi kenyataan.


 

“Pernah juga saya terfikir mengenai perkara ini dan sekarang Keluang Man telah direalisasikan. Alhamdulillah saya juga terpilih untuk bersama-sama Keluang Man.

 


“Saya rasa teruja dan sangat berterima kasih kepada Astro Shaw sebab saya masih lagi ada dalam minda mereka untuk terlibat sama dalam Keluang Man.  It’s like a dream come true,” ujarnya.


 


Filem Keluang Man merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions. 


 


Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan bariskan pelakon antaranya Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.


 


Nantikan tayangan filem Keluang Man di pawagam seluruh negara pada 29 Mei 2025.