Lim You penjaring terbanyak Piala Srikandi Merdeka

24 Aug 2026 • 2:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lim You penjaring terbanyak Piala Srikandi Merdeka
Lim You menyumbat lapan gol sepanjang kejohanan Piala Srikandi Merdeka 2026 di Kudus, Indonesia.

PEMAIN Sensasi Malayan Tigress Bawah 17 tahun (B-17), Lim You muncul penjaring terbanyak Piala Srikandi Merdeka 2026 selepas mengumpul lapan gol sepanjang kejohanan.

Pemain berdarah warisan berusia 14 tahun itu mengatasi penyerang Thailand, Kawinthida Kikuntod yang merekodkan lima gol.

Lim You mencuri perhatian selepas meledak tujuh gol ketika Malaysia membelasah Arab Saudi 9-0, dengan kesemua jaringannya hadir menerusi kaki kiri.

Pencapaian itu turut mencatat sejarah tersendiri kerana hanya beberapa pemain wanita dilaporkan pernah menjaringkan tujuh gol dalam satu perlawanan rasmi, antaranya Deki Lhazom dan Flora Kameni.

"Saya sangat bersyukur kerana menjadi penjaring gol terbanyak tetapi saya tidak mungkin dapat melakukannya tanpa rakan sepasukan. Mereka terus memberikan motivasi dan menyokong saya, selain banyak membantu saya.

"Untuk semua gol yang dicipta ini, mereka yang memberikan bola dan memberi kepercayaan kepada saya. Terima kasih juga kepada jurulatih yang percaya dan melatih saya," katanya seperti dipetik menerusi CNN Indonesia.

Malaysia bagaimanapun gagal mara ke final selepas tewas 1-5 kepada Thailand, sebelum bangkit menamatkan kejohanan di tempat ketiga menerusi kemenangan 4-0 ke atas Jordan di Super Soccer Arena, Kudus, Indonesia, semalam.

Lim You turut menyumbang satu gol dalam kemenangan itu, manakala kapten Keisha Adeliena Muhammad Khalid meledak menerusi penalti dan turut mencipta tiga bantuan gol.

Isabella Saffiya O'Luanaigh, cucu kepada cef selebriti Chef Wan, melengkapkan kemenangan Malaysia dengan jaringan pada minit akhir.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved