Chef Wan bangga pencapaian Malayan Tigress

24 Aug 2026 • 2:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Chef Wan bangga pencapaian Malayan Tigress
Malaysia B-17 meraih tempat ketiga setelah menumpaskan Jordan dalam saingan Piala Srikandi Merdeka di Kudus, Indonesia.
Image from: Chef Wan bangga pencapaian Malayan Tigress
Isabella (kiri) menyumbat satu gol ketika membantu Malayan Tigress menewaskan Jordan 4-0 di Kudus.

CHEF selebriti, Datuk Dr Redzuawan Ismail atau Chef Wan menyifatkan pencapaian skuad Malayan Tigress Bawah 17 tahun (B-17) yang menduduki tempat ketiga Piala Srikandi Merdeka di Indonesia sebagai pengalaman penting buat barisan muda negara.

Menerusi perkongsian di Threads, beliau berharap pengalaman sepanjang kejohanan berkenaan dapat menyuntik motivasi kepada pemain untuk terus meningkatkan prestasi dan melakar kejayaan lebih besar pada masa akan datang.

“Alhamdulillah, mudah-mudahan apa yang mereka alami dan capai menjadi pembakar semangat untuk mereka lebih berjaya dalam perlawanan pada masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Chef Wan turut menzahirkan kegembiraan terhadap cucunya, Isabella Saffiya O'Luanaigh yang mencipta detik istimewa apabila meledak gol ketika membantu skuad negara menewaskan Jordan 4-0.

**media[3624624]**

Beliau menganggap peluang berkenaan sesuatu yang perlu dihargai, selain meluahkan rasa syukur melihat perkembangan Isabella dalam sukan bola sepak wanita.

“Juga tahniah kepada Isabella Saffiya kerana mendapat peluang menjaringkan gol terakhir ketika menentang pasukan Jordan semalam. Alhamdulillah,” katanya.

Tempat ketiga pada kejohanan itu sekali gus menjadi pengalaman bermakna buat pemain Malayan Tigress B-17 dalam usaha membina keyakinan dan memperkukuh pasukan wanita negara untuk masa depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved