Lima Adun Star tetap bersama GRS

LocalPolitics
8 Oct 2025 • 10:03 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Parti Star Sabah berikrar untuk terus setia kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Ketua Menteri sementara, Datuk Seri Hajiji Noor.

Dalam satu kenyataan bersama di sini pada Selasa, Datuk Ellron Angin, Datuk Robert Tawik @ Nordin, Datuk Abidin Madingkir, Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub dan Datuk Flovia Ng berkata mereka kekal dengan pendirian mereka dalam GRS.

“Kami percaya bahawa kestabilan politik dan kesinambungan pembangunan merupakan keutamaan di bawah kerajaan negeri sedia ada. Kami menjunjung mandat dan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat,” katanya.

Mereka berkata sebarang keputusan berkaitan hala tuju parti perlu dibincangkan dengan teliti demi kepentingan rakyat dan negeri.

“Kami tetap teguh bersama GRS dan akan mempertahankan kerusi kami di bawah panji GRS sebagai tanda kesetiaan kepada mandat rakyat dan demi kestabilan Sabah,” tambah mereka.