Lima Ditahan Halang Penguat Kuasa Jalankan Tugas Di Hutan Simpan

LocalEnvironment
16 Sep 2026 • 9:58 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lima Ditahan Halang Penguat Kuasa Jalankan Tugas Di Hutan Simpan

KUANTAN, 16 Sept (Bernama) -- Polis menahan lima individu kerana dipercayai menghalang penguat kuasa menjalankan tugas semasa melaksanakan operasi di Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera, semalam.

Ketua Polis Daerah Bera Superintenden Zulkiflee Nazir berkata kejadian berlaku kira-kira 10 pagi ketika Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) bersama beberapa agensi, antaranya Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan operasi penguatkuasaan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Baca juga:

Beliau berkata semasa operasi, sekumpulan individu didapati mendirikan halangan dan membuat provokasi terhadap sepasukan penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas.

“Susulan itu, polis menahan seorang lelaki dan empat wanita berumur lingkungan 30 hingga 60-an bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang awam tidak menyebarkan berita yang tidak sahih atau sebarang maklumat yang salah sehingga menimbulkan salah faham dan mengganggu ketenteraman.

Beberapa video rakaman kejadian itu turut tular melalui media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved