Lima maut helikopter terhempas: Jemaah Menteri rakam takziah

9 Sep 2026 • 3:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lima maut helikopter terhempas: Jemaah Menteri rakam takziah

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga lima mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter perkhidmatan ‘Flying Doctor’ di Long Lellang, Ulu Baram Sarawak semalam.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, ucapan takziah itu dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh anggota Kabinet pada mesyuarat mingguan Jemaah Menteri, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, Jemaah Menteri turut dimaklumkan bahawa siasatan berhubung punca nahas sedang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Proses siasatan sedang berjalan dan akan dimaklumkan kepada Jemaah Menteri kelak,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Mengulas bantuan kepada keluarga mangsa, Fahmi berkata, perkara itu tidak dibincangkan secara khusus dalam mesyuarat Kabinet.

Bagaimanapun, katanya, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini telah memaklumkan bahawa identiti kesemua lima mangsa telah dikenal pasti dan waris masing-masing telah dimaklumkan mengenai tragedi tersebut.

Katanya, sebarang maklumat lanjut berkaitan bantuan kepada waris akan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

Semalam, sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching, Sarawak ketika menjalankan operasi FDS ketika kejadian. – UTUSAN

The post Lima maut helikopter terhempas: Jemaah Menteri rakam takziah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved