Lima peniaga dikompaun MBDK kerana berniaga tanpa lesen

LocalBusiness & Finance
17 Sep 2026 • 8:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Lima peniaga dikompaun MBDK kerana berniaga tanpa lesen

SHAH ALAM, 17 SEPT: Lima peniaga dikompaun Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) selepas didapati beroperasi tanpa lesen sah di sekitar Kompleks Sukan Pandamaran.

Tindakan itu diambil menerusi operasi penguatkuasaan penjaja yang dijalankan bagi memantau aktiviti perniagaan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati enam peniaga sedang menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan terbabit.

Daripada jumlah itu, lima peniaga dikenakan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3, Undang-Undang Kecil Penjaja (MPK) 2007.

Seorang lagi peniaga pula diarahkan menutup operasi dan beredar dari lokasi.

Operasi berkenaan dilaksanakan bersama Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasa MBDK.

Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan itu bertujuan meninjau kegiatan perniagaan yang dijalankan tanpa kebenaran MBDK.

MBDK turut mengingatkan semua peniaga dalam kawasan pentadbirannya supaya mematuhi syarat ditetapkan sebelum menjalankan sebarang aktiviti perniagaan.

Peniaga perlu memastikan lesen perniagaan atau lesen penjaja yang sah diperoleh terlebih dahulu.

Pematuhan terhadap keperluan pelesenan itu penting bagi memastikan setiap aktiviti perniagaan dalam kawasan pentadbiran MBDK dijalankan dengan kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved