MBDK ambil tindakan pemilik pelihara haiwan tanpa lesen

14 Sep 2026 • 5:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MBDK ambil tindakan pemilik pelihara haiwan tanpa lesen

SHAH ALAM, 14 SEPT: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengambil tindakan terhadap pemilik yang memelihara haiwan tanpa lesen sah di kawasan kediaman di Jalan Cengkih Off Jalan Kim Chuan, Pandamaran, Pelabuhan Klang.

Tindakan itu dibuat susulan operasi bersepadu melibatkan Jabatan Kesihatan dan Jabatan Penguatkuasaan MBDK bagi meneliti isu penyimpanan haiwan di kawasan berkenaan.

MBDK memaklumkan pemeriksaan mendapati sejumlah ayam, itik serta anjing dan anak anjing ditempatkan di dalam sangkar bersebelahan serta di rumah pemilik.

“Hasil pemeriksaan mendapati 40 ekor ayam, 20 itik serta 10 anjing dan anak anjing ditemui dikurung di dalam sangkar bersebelahan serta di rumah pemilik,” katanya menerusi Facebook.

Menurut MBDK, kesemua anjing yang dipelihara pemilik terbabit tidak mempunyai lesen sah daripada pihak majlis.

Pemeriksaan turut menemukan struktur haram yang dibina di atas longkang dan digunakan sebagai tempat rehat.

“Dalam pada masa sama, turut terdapat struktur haram yang dibina di atas longkang yang dijadikan sebagai tempat rehat,” menurut MBDK.

Susulan penemuan itu, notis kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1) Pelesenan Anjing 2007 diserahkan kepada pemilik.

MBDK turut mengingatkan penduduk supaya sentiasa mematuhi peraturan demi menjaga kebersihan, kesihatan dan keharmonian komuniti setempat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved