Limpahan air takungan, Taman Seri Alam dinaiki air

5 Nov 2026 • 7:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Limpahan air takungan, Taman Seri Alam dinaiki air
Pemantauan dijalankan pihak bomba di kawasan perumahan Taman Seri Alam di sini pada Khamis.

SUNGAI BULOH – Kawasan perumahan di Taman Seri Alam, Saujana Utama di sini dinaiki air susulan limpahan air takungan berhampiran akibat hujan lebat berterusan pada Khamis.

Kejadian itu menyebabkan kawasan kediaman penduduk dinaiki air dengan anggaran paras kira-kira 0.3 meter.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.48 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya tiba di lokasi kejadian tiga minit kemudian.

"Setibanya di lokasi, komander operasi mendapati berlaku banjir di kawasan perumahan berkenaan akibat hujan lebat dan limpahan air takungan berhampiran kediaman penduduk.

"Anggaran paras air adalah kira-kira 0.3 meter dan tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini," katanya.

Bagaimanapun, penduduk dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan mereka.

Ujarnya, operasi berkenaan melibatkan lima anggota dari BBP Bestari Jaya dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved