Linda Rafar Tak Jadi Keluar Elite Lepas Norman KRU Pujuk

EntertainmentMusic
17 Nov 2025 • 4:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar membuat keputusan untuk kekal bersama kumpulan Elite selepas memberikan bayangan mahu meninggalkan kumpulan tersebut sebelum ini.

Kata pemilik nama sebenar Azlinda Abdul Rafar, 47 itu, dia bersyukur kerana membuat keputusan itu dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakannya.

Lepas dipujuk oleh Norman KRU

Kata Linda, penerbit dan anggota KRU iaitu Norman Abdul Halim yang merupakan individu yang sentiasa memujuknya supaya tidak membuat keputusan terburu-buru.

Jelasnya, sejak awal pembabitannya dalam industri, Norman adalah orang yang selalu berjaya memberikannya ketenangan setiap kali berdepan masalah.

image is not available

“Perkenalan Linda dengan Norman sejak tahun 1995, sudah 30 tahun. Keputusan yang saya buat sebelum ini bukan perkara mudah.”

“Puas dan penat juga Abang Long nak memujuk. Memang sejak Linda umur 16 tahun lagi, kalau ada masalah, Abang Long yang berjaya memujuk. Maklumlah dalam Elite, sayalah yang paling muda dan paling manja, betul tak Norman?”

Jelas Linda lagi, sifat sensitif yang ada pada dirinya sejak remaja itu yang membuatkan dia cepat terasa tetapi cepat juga memaafkan.

image is not available

“Sebab itu sampai sekarang tak hilang naluri seorang yang sangat sensitif. Cepat terasa tapi sangat mudah memaafkan sesiapa sahaja. Pada my girls Sasha, Watie dan Azza, terima kasih kerana sudi teman masa sesi memujuk.”

Kira-kira dalam Oktober lalu, Linda telah mengejutkan peminat apabila memberi banyangan mahu menarik diri daripada Elite selepas berdepan dengan beberapa ujian yang didakwanya menjejaskan kesihatan mental.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.